Tuesday, January 12, 2010

JURNAL UNTUK DIKONGSI BERSAMA......

Assalamualaikum... Kepada rakan2 DPLI-YIK sila baca jurnal dibawah, dan pakat2 bagi komen


Tajuk Jurnal :

REKA BENTUK DAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN MULTIMEDIA PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME BAGI SAINS KBSM



Jurnal ini ditulis oleh NOOR AZLIZA CHE MAT (KUIST) & LILIA HALIM (UKM)


Sinopsis ... :

Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi satu keperluan dalam usaha memantapkan bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf yang mencabar ini. Teknologi sebegini harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjanakan suatu output yang dapat digunakan untuk kebaikan bersama. Melalui multimedia yang interaktif, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan penggunaan elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan kesemua kepekaan manusia. Justeru itu, pelbagai pendekatan atau teori pendidikan harus diimplementasikan dalam perisian multimedia secara berkesan untuk memastikan perisian yang dihasilkan itu mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Prototaip perisian multimedia yang dibangunkan ini berasaskan pendekatan konstruktivisme mengenai topik Bumi dan Kejadian Siang dan Malam. Pendekatan konstruktivisme dipilih kerana ia mengambil kira konsep awal atau prakonsepsi yang wujud dalam minda pelajar. Seterusnya, penstrukturan semula ide yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ perlu dilakukan untuk mengembangkan lagi atau mengubah suai ide terdahulu. Kebolehlaksanaan dan keberkesanan prototaip ini dinilai dan secara keseluruhannya ia berada pada tahap sederhana dan ia juga dikenalpasti dapat membantu peningkatan kefahaman pelajar dalam tajuk ini. 


7 comments:

  1. Assalamualaikum....

    Teacher Shahizan..... mengenai pembelajaran berbantukan multimedia ni,saya amat bersetujulah kerana ianya akn meningkatkan lagi mutu pembelajaran,cuma proses sesuatu perisian multimedia perlu menepati sukatan pelajaran supaya ianya dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih tersusun.

    ReplyDelete
  2. assalamuaikum.....

    teacher shahizan,sy amat bersetuju dgan penggunaan multimedia dalam p&p.kerana dengan pggunaan multimedia dapat meningkatkan prestasi guru dalam pengajaran dalam kelas.tpi menjadi masalah juga bg ckgu yang tak celik komputer.fenomena multimedia yang sgt pesat buat masa kini amatlh penting dlm pngjran dan pembeljran.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Teacher Shahizan,
    Saya juga amat bersetuju dengan artikel yang telah dipaparkan untuk dikongsi bersama ini..berkenaan dengan penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan, sememangnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjanakan suatu output yang dapat digunakan untuk kebaikan bersama...Tq..semoga artikel ini dapat membantu kita semua..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Pada pendapat saya,sememangnya penggunaan teknologi maklumat amat penting dalam menempuhi proses pembelajaran yang lebih berkesan.Era globalisasi memerlukan kepada penggunaan teknologi yang tinggi dalam mewujudkan kecermelangan yang lebih berkesan.
    Dalam hal ini,penggunaan multimedia perlu seiring dengan guru-guru dalam mewujudkan kecermelangan.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. cg shahizan..
    sememang ICT dlm P&P memang tidak dpt dipisahkan lg skrg ini. guru2 harus bangkit dan celik IT.

    ReplyDelete
  6. Saya amat bersetuju memberi galakan kepada para guru menggunakan komputer ( ICT ) semasa proses P&P berlangsung. Ia satu kaedah baru membuka minda para pelajar agar tidak terlalu tertumpu kepada buku teks semata. Di samping ia dapat menarik minat pelajar yang bermasalah untuk belajar dengan baik dan seronok. Guru juga harus maju seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih.

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini dari dalam dan luar negara. Pelajar juga dapat berkongsi pendapat dengan guru bagi menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete