Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.........

Assalamulaikum .........
Terima kasih kerana sudi melawati blog saya nie.. Saya mengalu-alukan sebarang komen dr anda semua ttg blog saya ini.. Saya kurang arif dlm membina blog. Harap anda blh berkongsi ilmu supaya saya dpt memperbaiki blog saya ini menjd lbh menarik...

JURNAL UNTUK DIKONGSI BERSAMA......

Assalamualaikum... Kepada rakan2 DPLI-YIK sila baca jurnal dibawah, dan pakat2 bagi komen


Tajuk Jurnal :

REKA BENTUK DAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN MULTIMEDIA PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME BAGI SAINS KBSM



Jurnal ini ditulis oleh NOOR AZLIZA CHE MAT (KUIST) & LILIA HALIM (UKM)


Sinopsis ... :

Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi satu keperluan dalam usaha memantapkan bidang pendidikan selaras dengan arus semasa di alaf yang mencabar ini. Teknologi sebegini harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjanakan suatu output yang dapat digunakan untuk kebaikan bersama. Melalui multimedia yang interaktif, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan penggunaan elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan kesemua kepekaan manusia. Justeru itu, pelbagai pendekatan atau teori pendidikan harus diimplementasikan dalam perisian multimedia secara berkesan untuk memastikan perisian yang dihasilkan itu mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Prototaip perisian multimedia yang dibangunkan ini berasaskan pendekatan konstruktivisme mengenai topik Bumi dan Kejadian Siang dan Malam. Pendekatan konstruktivisme dipilih kerana ia mengambil kira konsep awal atau prakonsepsi yang wujud dalam minda pelajar. Seterusnya, penstrukturan semula ide yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ perlu dilakukan untuk mengembangkan lagi atau mengubah suai ide terdahulu. Kebolehlaksanaan dan keberkesanan prototaip ini dinilai dan secara keseluruhannya ia berada pada tahap sederhana dan ia juga dikenalpasti dapat membantu peningkatan kefahaman pelajar dalam tajuk ini.